Wednesday, February 8, 2017

KURSUS MENTERNAK UDANG KARA


Udang kara atau nama saintifik-nya Cherax Quadricarinatus (Red Claw) merupakan udang yang berasal dari Australia. Red Claw ini pada umumnya merupakan keluarga udang Cherax dan bersifat omnivor. Perbezaan utama udang ini daripada udang yang lain adalah melalui 4 ruas/garisan yang terdapat pada kepala udang ini yang mana ianya selari dengan nama saintifik yang diberikan kepada udang ini iaitu quadri = 4 dan carinatus = ruas/garisan (bahasa latin).

Udang kara merupakan makanan eksklusif di hotel dan restoran ternama, sajian udang kara pasti memikat selera sesiapa saja. Ia mempunyai kandungan kolesterol yang sangat rendah dan tinggi protein. Malah, harganya lebih baik daripada udang galah dan lebih berat timbangannya.

Di pasaran, harga bagi yang bersaiz enam inci ialah RM60 sekilogram. Ini menjadikan udang kara mampu dinikmati harganya yang berpatutan. Itulah spesies udang kara air tawar atau Blue (Cherax quadricarinatus) atau dikenali sebagai Blue lobster dan red claw. Udang kara air tawar yang berasal dari Australia ini paling sesuai hidup di air tawar dalam keadaan pH7 ke.

Saiz matang udang ini ialah dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci. Bagaimanapun, oleh kerana warnanya menarik iaitu kebiru-biruan dan berbintik putih, pengguna seluruh dunia cenderung menjadikan spesies air tawar ini sebagai hiasan akuarium.

Saiz akuarium yang sesuai bagi udang kara dewasa sekurang-kurangnya berukuran 38 liter yang boleh menempatkan sepasang udang kara. Penternakan udang kara sangat mudah dan kosnya sangat rendah yang mana kadar kematiannya adalah rendah berbanding spesies lain. Bahantara (medium) yang sesuai digunakan bagi dasar akuarium ialah batu sungai halus (freshwater gravel) atau pasir sungai. Kayu bakau yang telah direndam dengan air tawar boleh digunakan untuk menyediakan kawasan perlindungan udang kara tersebut. Kebanyakan udang kara ini mempunyai berpeluang atau apabila sumber makanan terhad. Karnivorisme selalu berlaku ketika udang melengkapkan proses penukaran kulit cangkerangnya (kulit udang yang baru adalah lembut selepas kulit asal ditanggalkan).

Ruang yang terhad dan kekurangan tempat persembunyian juga menyebabkan udang kara memakan sesama sendiri. Suhu air yang sesuai ialah antara 27 hingga 30 darjah Celsius. Udang kara juga bersifat omnivor dalam jenis pemakanannya iaitu ia akan memakan apa sahaja benda yang boleh dimakan di dalam akuarium. Pelet amat sesuai sebagai makanan udang kara yang boleh dibeli di kedai akuarium. Makanan pelet ikan tilapia boleh juga digunakan sebagai makanan udang ini asalkan pelet itu boleh tenggelam di dalam dasar air. Semasa proses penukaran kulit cangkerang, udang ini akan memakan semula kulit cangkerang yang ditanggalkan dari badannya untuk mendapatkan nutrien gentian bagi proses tumbesaran semula cangkerang.

Proses pembiakan berlaku apabila undang kara mencapai saiz antara tiga hingga empat inci. Udang jantan akan memindahkan sperma kepada udang betina dan telur akan dibawa di bahagian bawah perut udang betina. Telur udang akan menetas dalam tempoh 40 hari selepas disenyawakan. Setiap induk betina mampu bertelur antara 50 hingga 1,500 ekor anak setiap kali bertelur. Induk mampu bertelur tiga kali setahun. Ia amat mudah dipelihara dan dikendalikan oleh setiap golongan.


Menurut Dee Udang Kara yang telah menternak  lebih 5 tahun dengan menternak Udang Kara,  walaupun penjagaannya agak mudah tetapi  mereka yang berminat menternak Udang Kara perlu mengikuti kursus bagaimana untuk menternaknya.

“Kursus ini dijalanankan setengah hari dengan kos yang cukup rendah. Peserta kursus setelah tamat menghadiri kursus akan dibekalkan induk udang kara dan kos induk ini sebenarnya telah melebihi bayaran kursus yang dijalankan.”

“Tujuan saya menganjurkan kursus ini adalah untuk mengalakan lebih ramai penternak Udang Kara dan sekiranya mereka tidak mampu memasarkannya saya sedia membeli balik udang kara itu. Ini kerana sehingga kini saya tidak mampu memenuhi permintaan.”


“Bagi mereka yang berminat menternak Udang Kara bagi tujuan menambah pendapatan boleh menghubungi saya di talian 018-393 3877. Saya menjalankan kursus ini pada setiap hari Sabtu.” Ujar Dee Udang Kara.

5 comments:

  1. Call x dpt.. No not in servis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum
      senang sekali saya bisa menulis kisah nyata kami
      dan berbagi kepada teman-teman disini.

      Meski hidup dalam keprihatinan, karena hanya mengandalkan penghasilan dari jual gorengan, namun rumah tangga kami terbilang harmonis. Jika berselisih paham, kami selalu menempuh jalan musyawarah. Hal itu wajib kami terapkan untuk menutupi aib dan segala bentuk kekurangan yang ada dalam rumah tangga kami agar tidak terdengar oleh orang luar. Karena begitulah pesan dari para orang tua kami.

      Hari demi hari aku habiskan hanya untuk bekerja dan bekerja. Hal itu aku lakukan, selain sadar akan tanggung jawabku sebagai orang tua , juga ingin menggapai harapan dan cita cita. Yah, mungkin dengan begitu ekonomi keluargaku dapat berubah dan aku bisa menyisihkan sedikit uang penghasilanku itu untuk masa depan anak-anakku dikemudian hari. Namun semua itu menjadi sirna.

      Selanjutnya kami pun melangkah untuk mencobanya minta bantuan melalui dana gaib tanpa tumbal,alhamdulillah dalam proses 1 hari 1 malam kami bisa menbuktikan.

      Jalan ini akan mengubah kemiskinan menjadi limpahan kekayaan secara halal dan tidak merugikan orang lain.

      Alhamdulillah semoga atas bantuan ki witjaksono terbalaskan melebihi rasa syukur kami,
      saat ini karna bantuan aki sangat berarti bagi keluarga kami.
      Bagi saudara-saudaraku yg butuh pertolongan silahkan hubungi
      Ki Witjaksono di:+62852-2223-1459
      Supaya lebih jelas kunjungi blog http://bocorantogelsingapura59.blogspot.co.id

      Atau ~KLIK DISINI~

      Delete
  2. Assalam tuan, no contact tersebut tidak dpt dihubungi. Mohon whatsapp sy 0125848456 untuk menyertai kursus

    ReplyDelete