Monday, February 27, 2017

DEE UDANG KARA USAHAKAN KEDAI BARANGAN TERPAKAI


DEE UDANG KARA selain menternak, melatih dan membekal induk udang kara kepada pelanggan beliau juga membuka kedai menjual barangan terpakai. 

Di kedai barangan terpakai yang terletak di Bandar Machang Bubok terdapat pelbagai  jenis barangan bermula daripada barangan elektrik, alat muzik, kamera, telefon bimbit malah banyak lagi barangan.

Menurut Dee Udang Kara disamping perniagaan utamanya berniaga udang kara beliau juga perlu mengembangkan perniagaannya dan beliau memilih berniaga barangan terpakai. 

Permintaan barangan terpakai kini amat baik malah pelanggannya bukan sahaja terdiri daripada orang melayu malah terdapat sebagahian masyarakat tioghua.

“ Perniagaan  barangan terpakai sebenarnya sudah lama menjadi budaya di luar negara.  Masyarakat luar negara  tidak menyimpan barangan yang tidak diperlukan  di rumah tetapi sayang untuk dibuang kerana masih baru dan boleh digunakan maka mereka menjual atau ada masanya mereka berikan begitu saja kepada pengusaha kedai barangan terpakai ini."

“ Kini di Malaysia pun sudah banyak disediakan tempat pengumpulan barangan terpakai. Peti-peti besar diletakkan di tepi-tepi jalan di kawasan perumahan bagi memudahkan orang ramai meletakkan barangan yang tidak diperlukan lagi. Malah kedai-kedai barang terpakai daripada pakaian hingga apa saja ada di jual.” Ujar Dee Udang Kara.

Bagi mereka yang berminat atau ingin melihat barangan terpakai yang terdapat di kedai belliau boleh menghubungi beliau di talian 018-393 3877 untuk mendapat pandu  arah ke kedai tersebut.


“Saya menjual semua barangan itu dengan cukup murah.” ujarnya

JIKA ANDA BERMINAT DIBIDANG TERNAKAN DAN BERMINAT UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN DENGAN MENTERNAK UDANG KARA BOLEH MENGHUBUNGI  DEE UDANG KARA DI TALIAN 018-393 3877.

 DEE UDANG KARA AKAN MENYEDIAKAN KURSUS PERCUMA DAN BAYARN KURSUS YANG DIKENAKAN ADALAH HARGA INDUK UDANG KARA YANG DI BEKAL. SELEPAS KURSUS ANDA BOLEH TERUS MENTERNAKNYA. SEKIRANYA ANDA TIDAK MAMPU MEMASARKANNYA DEE UDANG KARA AKAN MEMBELI BALIK UDANG KARA ITU. 

CEPAT JADILAH  ANTARA ORANG TERAWAL MENTERNAK UDANG KARA  DENGAN MENGHUBUNGI  DEE UDANG KARA DI TALIAN 018-393 3877. 

Thursday, February 16, 2017

TERNAK SENDIRI UDANG KARA MAKANAN ESKLUSIF DI HOTEL



Lobster air tawar (LAT) saintifiknya Cherax Quadricarinatus merupakan jenis Red Claw, jenis krustasia yang hidup di sungai-sungai kecil di utara Australia.Walaupun saiznya lebih kecil berbanding udang kara laut, tetapi isinya mendapat permintaan tinggi kerana isinya lebih enak.

Dulu makanan lobster sering dikaitkan dengan golongan ‘bangsawan’ yakni mereka yang berduit sahaja mampu merasai keenakannya  kerana harga yang mahal. Hari ini pun harga  seekor udang kara bersaiz enam inci berharga RM60 sekilogram. Pastinya masih agak mahal bagi golongan pertengahan.

Namun hari ini  jika anda kreatif dan rajin anda bukan saya dapat merasai keenakan isinya malah dalam masa pemeliharaan anda dapat menjadikan udang kara ini sebagai hiasan jika diternak di akurium. Malah anda mampu menambah pendapatan dengan menjual kepada kawan-kawan anda yang ingin merasa keenakan isi undang kara yang menjadi makanan eksklusif di hotel-hotel dan restoran.

Dee Udang Kara yang menjalankan operasinya di Hutan Petai berhampiran kampung Machang Bubok  dan Bukit Teh menyediakan Kursus Menternak Udang Kara  pada setiap hari Sabtu. Anda yang tidak punya tempat boleh menternak di dalam akurium, bekas fibre atau apa saja yang sesuai dengannya. Bagi mereka yang mempunyai  kawasan lapang boleh membina kolam simen atau kolam sedia ada.

“Untuk menyertai kursus ini saya kenakan harga yang minima dan sebenarnya harga itu akan ditukar ganti dengan saya memberikan beberaka pasang udang kara untuk balik dan terus menternaknya. Anda tidak perlu lagi membeli untuk menternaknya.”

“Sekiranya anda menternak dengan agak besar dan banyak dan tidak dapat memasarkannya saya sedia membeli kembali udang kara tersebut kerana sehingga kini saya masih tidak mampu memenuhi permintaan pasaran.”


“Jika ada masalah ketika menternaknya selepas menghadiri kursus ini peserta boleh menghubungi saya pada bila-bila masa dan saya bersedia memberikan khidmat nasihat. Sekiranya anda berminat boleh menghubungi saya di talian 018-393 3877” ujarnya.

Wednesday, February 8, 2017

KURSUS MENTERNAK UDANG KARA


Udang kara atau nama saintifik-nya Cherax Quadricarinatus (Red Claw) merupakan udang yang berasal dari Australia. Red Claw ini pada umumnya merupakan keluarga udang Cherax dan bersifat omnivor. Perbezaan utama udang ini daripada udang yang lain adalah melalui 4 ruas/garisan yang terdapat pada kepala udang ini yang mana ianya selari dengan nama saintifik yang diberikan kepada udang ini iaitu quadri = 4 dan carinatus = ruas/garisan (bahasa latin).

Udang kara merupakan makanan eksklusif di hotel dan restoran ternama, sajian udang kara pasti memikat selera sesiapa saja. Ia mempunyai kandungan kolesterol yang sangat rendah dan tinggi protein. Malah, harganya lebih baik daripada udang galah dan lebih berat timbangannya.

Di pasaran, harga bagi yang bersaiz enam inci ialah RM60 sekilogram. Ini menjadikan udang kara mampu dinikmati harganya yang berpatutan. Itulah spesies udang kara air tawar atau Blue (Cherax quadricarinatus) atau dikenali sebagai Blue lobster dan red claw. Udang kara air tawar yang berasal dari Australia ini paling sesuai hidup di air tawar dalam keadaan pH7 ke.

Saiz matang udang ini ialah dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci. Bagaimanapun, oleh kerana warnanya menarik iaitu kebiru-biruan dan berbintik putih, pengguna seluruh dunia cenderung menjadikan spesies air tawar ini sebagai hiasan akuarium.

Saiz akuarium yang sesuai bagi udang kara dewasa sekurang-kurangnya berukuran 38 liter yang boleh menempatkan sepasang udang kara. Penternakan udang kara sangat mudah dan kosnya sangat rendah yang mana kadar kematiannya adalah rendah berbanding spesies lain. Bahantara (medium) yang sesuai digunakan bagi dasar akuarium ialah batu sungai halus (freshwater gravel) atau pasir sungai. Kayu bakau yang telah direndam dengan air tawar boleh digunakan untuk menyediakan kawasan perlindungan udang kara tersebut. Kebanyakan udang kara ini mempunyai berpeluang atau apabila sumber makanan terhad. Karnivorisme selalu berlaku ketika udang melengkapkan proses penukaran kulit cangkerangnya (kulit udang yang baru adalah lembut selepas kulit asal ditanggalkan).

Ruang yang terhad dan kekurangan tempat persembunyian juga menyebabkan udang kara memakan sesama sendiri. Suhu air yang sesuai ialah antara 27 hingga 30 darjah Celsius. Udang kara juga bersifat omnivor dalam jenis pemakanannya iaitu ia akan memakan apa sahaja benda yang boleh dimakan di dalam akuarium. Pelet amat sesuai sebagai makanan udang kara yang boleh dibeli di kedai akuarium. Makanan pelet ikan tilapia boleh juga digunakan sebagai makanan udang ini asalkan pelet itu boleh tenggelam di dalam dasar air. Semasa proses penukaran kulit cangkerang, udang ini akan memakan semula kulit cangkerang yang ditanggalkan dari badannya untuk mendapatkan nutrien gentian bagi proses tumbesaran semula cangkerang.

Proses pembiakan berlaku apabila undang kara mencapai saiz antara tiga hingga empat inci. Udang jantan akan memindahkan sperma kepada udang betina dan telur akan dibawa di bahagian bawah perut udang betina. Telur udang akan menetas dalam tempoh 40 hari selepas disenyawakan. Setiap induk betina mampu bertelur antara 50 hingga 1,500 ekor anak setiap kali bertelur. Induk mampu bertelur tiga kali setahun. Ia amat mudah dipelihara dan dikendalikan oleh setiap golongan.


Menurut Dee Udang Kara yang telah menternak  lebih 5 tahun dengan menternak Udang Kara,  walaupun penjagaannya agak mudah tetapi  mereka yang berminat menternak Udang Kara perlu mengikuti kursus bagaimana untuk menternaknya.

“Kursus ini dijalanankan setengah hari dengan kos yang cukup rendah. Peserta kursus setelah tamat menghadiri kursus akan dibekalkan induk udang kara dan kos induk ini sebenarnya telah melebihi bayaran kursus yang dijalankan.”

“Tujuan saya menganjurkan kursus ini adalah untuk mengalakan lebih ramai penternak Udang Kara dan sekiranya mereka tidak mampu memasarkannya saya sedia membeli balik udang kara itu. Ini kerana sehingga kini saya tidak mampu memenuhi permintaan.”


“Bagi mereka yang berminat menternak Udang Kara bagi tujuan menambah pendapatan boleh menghubungi saya di talian 018-393 3877. Saya menjalankan kursus ini pada setiap hari Sabtu.” Ujar Dee Udang Kara.